26 November 2012 - 20:30

Keselamatan pengikut mazhab Syiah terancam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa orang pengikut mazhab Syiah Imamiyah di negeri Kedah Darulaman tampil membuat laporan polis setelah seorang penceramah yang dipercayai anggota Persatuan Ulama Kedah mengeluarkan kata-kata berbaur ancaman bom ketika berceramah di Masjid al-Taqwa, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Laporan dibuat di Ibupejabat Polis Daerah Pendang kira-kira pukul 11:00 pagi, 24 November lalu.Wakil Syiah yang diketuai oleh Ustaz Abdullah Hasan berkata, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Din di Masjid al-Taqwa tidak hanya mengandungi pembohongan terhadap mazhabnya, malah mengandungi unsur yang tidak baik.

Berasaskan laporan, pihak polis memandang serius terhadap kes ini kerana perkataan “Bom” yang digunakan oleh penceramah itu membawa maksud negatif dan tidak boleh dikaitkan dengan tangkapan lagi.

Pada 13 November lalu seorang penceramah telah memperalatkan nama Persatuan Ulama Kedah untuk memfitnah mazhab Syiah Imamiyah di masjid al-Taqwa, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.Sejak kebelakangan ini, dunia menyaksikan pengganas Wahabi telah membunuh ramai pengikut Syiah di seluruh dunia termasuk dengan cara meledakkan bom.